Bekas askar ditahan tanam pokok ganja
- Published on Friday, 06 April 2012 04:37
PADANG BESAR 5 April - Hajat seorang bekas askar menggunakan pokok ganja yang ditanamnya sendiri tidak kesampaian apabila dia diberkas di rumahnya di Kampung Kubang Bemban, Kubang Tiga, Chuping di sini, semalam.
Suspek berketurunan Siam yang juga positif dadah jenis methamphetamine dan THC itu ditahan dalam serbuan polis hasil maklumat orang awam pukul 11.15 pagi.
Saya Sambut Baik Hasrat Kerajaan Negeri Bela Bekas Tentera
- Published on Friday, 06 April 2012 03:10
Saya selaku Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) menyambut baik usaha kerajaan PAS Kelantan hendak menganugerahkan tanah kepada anggota bekas tentera di negeri ini.
Tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya sekiranya usaha kerajaan negeri ini menjadi kenyataan, kerana memberi erti perjuangan PBTM untuk membela nasib bekas tentera selama ini mendapat perhatian serius kerajaan negeri.
PBTM Gesa Bayaran Imbuhan Dibuat Sebelum Tiba PRU13
- Published on Saturday, 24 March 2012 12:23

Muhammad mempengerusikan Mesyuarat Agung PBTM Cawangan Kubang Kerian dekat sini.
KOTA BHARU- Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) menggesa kerajaan membayar segera imbuhan kepada bekas tentera tidak berpencen sebagaimana dijanjikan sebelum ini.
Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, tindakan itu penting supaya mereka yang terlibat tidak merasa dikecewakan terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) nanti.
Jalinan Muhibbah
- Published on Tuesday, 20 March 2012 13:30

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di JPM, Datuk Ahmad Maslan (tengah) bersama pesara-pesara tentera melaungkan slogan "1Malaysia" pada Program Jalinan Muhibbah Persatuan Bekas-Bekas Tentera Negeri Terengganu di sini, hari ini. - UTUSAN MALAYSIA






